Hai semua...selamat berhujung minggu sambil membaca blog ya. Salam sehati sejiwa semua. Kali ni saya akan sambung berkaitan pakaian tradisional bagi etnik-etnik Sabah dan Sarawak. Tapi sebelum tu saya minta maaf jikalau info yang saya kongsikan terdapat kesilapan. Saya juga dalam proses mengetahui dan mempelajari setiap etnik-etnik yang terdapat di Sabah dan Sarawak.

     Dalam perkongsian kali ini, saya ingin berkongsi tentang pakaian tradisional etnik Melanau di Sarawak. Biasanya pakaian tradisional Melanau digunakan semasa perayaan seperti Pesta Kaul, sambutan Hari Krismas dan upacara keagamaan bagi etnik Melanau. Bagi lelaki Melanau, mereka memakai baju berwarna gelap selalunya hitam daripada kain satin dan dipadankan dengan kain songket bunga tabur dan di kepala pula mereka memakai sengkulon dari Jawa. 
Pakaian Tradisional Lelaki Etnik Melanau
Bagi wanita Melanau pula, mereka memakai baju baldu hitam dengan hiasan tenunan benang kuning emas di leher baju, lengan baju dan bahagian bawah baju (pinggang). Dipandankan pula dengan sarung songket Brunei tenunan Sarawak dan tali pinggang pending besar. Di bahagian kepala pula diserikan dengan dokoh dan perhiasan kepala kepih sanggul.
Pakaian Tradisional Wanita Melanau
Ini sahaja perkongsian untuk kali ini. Jumpa lagi! I ❤ Borneo Culture!



Comments

Popular posts from this blog