Hai! Selamat sejahtera, salam perpaduan, salam sehati sejiwa dan salam 1 Malaysia  buat pembaca-pembaca blog sekalian.

Untuk kali ini saya akan berkongsi mengenai pakaian tradisional Kaum Iban di Sarawak. Pakaian tradisional kaum Iban memang dikenali ramai kerana sering menjadi simbolik untuk Negeri Sarawak. Tetapi, tahukah anda nama-nama pakaian tradisional bagi kaum lelaki dan perempuan Iban? Jom kita ketahui bersama-sama.

     Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua(2), iaitu Kain Sirat dan Dandong.

DANDONG

KAIN SIRAT
        Kain sirat juga dikenali sebagai kain cawat yang merupakan pakaian asas kaum Iban. Kain sirat dipakai dengan cara melilitkannya di pinggang dan celah kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan, mempamerkan bahagian yang berhias.
      Dandong pula merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong. Dandong ditenun dengan cara ikat.Untuk bahagian kepala pula kaum lelaki akan menggunakan Ketapu yang diperbuat daripada rotan dan dilekatkan dengan bulu burung.
KETAPU

    Bagi wanita Iban pula, pakaian tradisional mereka pula terbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang, Kalambi dan Bedong. Bidang ialah kain sarung yang sempit dan separas lutut sahaja. Kalambi merupakan baju kaum wanita Iban sama ada kalambi berlengan atau kalambi tanpa lengan. Selain itu, wanita Iban akan menggunakan Bedong yang merupakan selendang panjang dengan hiasan corak tenunan yang halus.

PAKAIAN TRADISIONAL WANITA IBAN

KAUM IBAN

Okay semua, sampai di sini sahaja daripada saya...ini adalah sedikit sebanyak mengenai pakaian tradisional Kaum Iban. Sekian, terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog