
Hai semua...selamat berhujung minggu sambil membaca blog ya. Salam sehati sejiwa semua. Kali ni saya akan sambung berkaitan pakaian tradisional bagi etnik-etnik Sabah dan Sarawak. Tapi sebelum tu saya minta maaf jikalau info yang saya kongsikan terdapat kesilapan. Saya juga dalam proses mengetahui dan mempelajari setiap etnik-etnik yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Dalam perkongsian kali ini, saya ingin berkongsi tentang pakaian tradisional etnik Melanau di Sarawak. Biasanya pakaian tradisional Melanau digunakan semasa perayaan seperti Pesta Kaul, sambutan Hari Krismas dan upacara keagamaan bagi etnik Melanau. Bagi lelaki Melanau, mereka...