Salam sejahtera semua! Pertama sekali saya ingin memperkenalkan diri saya. Nama saya Florencia Alma binti Thomas. Saya berasal dari Sibu, Sarawak dan sekarang sedang melanjutkan pengajian di salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia program Ijazah Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian. Untuk perkongsian yang pertama ini saya ingin memperkenalkan serba sedikit tentang Borneo kepada anda semua. Saya pasti tidak semua yang mengetahui tentang borneo jadi, di sini saya ingin menceritakan kepada semua berkaitan etnik, kebudayaan, perayaan, adat dan semua berkaitan penduduk di borneo. Bukan itu sahaja, saya juga ingin berkongsi tentang tempat-tempat menarik yang ada di sana. 

                  
       Negeri Sabah dan Sarawak terletak di kepulauan Borneo. Jadi, saya ingin menceritakan kepada anda tentang Negeri Sabah dan Negeri Sarawak. Untuk kali ini saya akan berkongsi tentang etnik-etnik yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Terdapat 33 etnik yang terdapat di Sabah, iaitu:

Sungei, Rungus, Bajau, Kadazandusun, Melayu Brunei, Murut, Orang Sungei, Iranun, Bonggi, Kwijau, Paitan, Lun Bawang, Lundayeh, Kedayan, Suluk, Iban (Iban Merotai), Binadan, Bisaya, Kokos, Rumanau, Lotud, Minokod, Tidung, Rungusl, Kagayan, Tatana, Tagaas, Ubian, Kimaragang, Bajau Laut, Ida'an, Inokang dan Sonsogon.

ETNIK SABAH

Manakala di Sarawak pula terdapat 30 etnik dan kaum, iaitu:

Tering, Cina, Melayu, Bidayuh, Kayan, Kenyah, Lun Bawang, Penan, Kelabit, Kedayan, Bisaya, Berawan, Lahanan, Sekapan, Kejaman, Punan, Baketan, Ukit, Sihan, Tagal, Tabun, Saban, Lisum, Longkiput/Bangsa kiput, Iban, Murut, Miriek, Dalik/Dali dan Selako.

ETNIK SARAWAK

Okay semua. Sekian sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi untuk perkongsian akan datang!

Comments

Popular posts from this blog