Hai semua! Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia!
Untuk perkongsian kali ini saya akan memperkenalkan kepada anda pakaian tradisional yang dipakai oleh etnik-etnik di Sabah.
Masyarakat Kadazan atau dusun merupakan penduduk majoriti di Sabah. Perhiasan dan sulaman pada baju etnik kadazandusun adalah berbeza daripada etnik-etnik yang lain. Bagi kaum lelaki Kadazandusun, mereka memakai Gaung( Baju hitam berlengan panjang), Souva(seluar hitam panjang dengan ikatan di pinggang berwarna biru indigo), Kaking atau Toogot(Bengkung pinggang hitam), Siga (penutup kepala), Tupi' sinikat(topi bulat).
Manakala bagi kaum wanita Kadazandusun pula terdapat tiga(3) jenis baju mengikut peringkat umur. Jenis yang pertama ialah Sinuangga' iaitu baju blaus pendek dan leher berbentuk 'U'. Baju jenis ini dipakai oleh kaum wanita muda. Seterusnya, Sinompukung iaitu blaus lengan berukuran 3/4 dan tidak mempunyai sulaman. Baju jenis ini dipakai oleh wanita pertengahan. Jenis yang ketiga pula dipakai oleh wanita tua dan untuk upacara ritual yang dipanggil blaus Kihongon dengan lengan panjang. Bagi menampakkan lagi keanggunan memakai pakaian tradisional etnik Kadazandusun, mereka akan memakai aksesori seperti Himpogot (tali pinggang), Titimbak(pin rambut), Hamai(rantai leher), Simbong(subang) dan Paun Kerongsang.
Okay ini sahaja untuk kali ini. Maafkan saya seandainya ada kekurangan dalam perkongsian saya. Sekian, terima kasih...I love Borneo Culture!

Comments
Post a Comment