Hai semua! Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia! Apa khabar anda semua? Semoga sihat walafiat ya semua!
Kali ini blog Borneo Curtural akan berkongsi dengan anda semua tentang perayaan yang terdapat di Sabah dan juga Sarawak. Pasti ramai yang masih tidak mengetahui tentang perayaan-perayaan di Sabah dan Sarawak.
Disebabkan Sabah dan Sarawak mempunyai banyak etnik, maka perayaannya juga ada pelbagai. Antaranya ialah Hari Raya Aidilfiri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai, Pesta Kaamatan, Pesta Kaul, Thaipusam dan Hari Krismas.
Hari Gawai disambut oleh kaum Iban/Dayak di Sarawak pada 1 Jun setiap tahun. Sambutan Hari Gawai adalah untuk meraikan pesta selepas tamat musim menuai padi. Perayaan ini biasanya disambut di rumah panjang yang diketuai oleh penghulu yang dipanggil 'Tuai Rumah'. Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan semasa Hari Gawai, antaranya termasuklah 'Ngiling Bidai', 'Ngajat', dan yang paling popular adalah pertandingan 'Keling dan Kumang'. Sekiranya anda mempunyai kawan, guru-guru atau sesiapa sahaja yang menyambut Hari Gawai, bolehlah ucap 'Selamat Ari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua'.
Pesta Kaamatan pula disambut oleh kaum Kadazandusun di Sabah untuk meraikan pesta selepas musim menuai padi. Pelbagai aktiviti diadakan seperti menari tarian Sumazau oleh para petani yang terdiri daripada lelaki dan perempuan, dan juga pertandingan 'Unduk Ngadau' bagi setiap daerah di Sabah. Pertandingan 'Unduk Ngadau' merupakan pertandingan ratu cantik yang disertai oleh gadis-gadis Sabah yang dipanggil 'Sumandak'.
Pesta Kaul disambut oleh kaum Melanau di Sarawak pada 25 April sehinggalah 30 April bagi meraikan berakhirnya musim tengkujuh yang menyukarkan para nelayan dan petani untuk mencari rezeki. Pesta ini diadakan untuk menjamu 'Ipok' yang menjaga laut supaya para nelayan dimurahkan rezeki ketika turun ke laut.
Sambutan Krismas pula disambut oleh kebanyakan kaum di Sabah dan Sarawak yang beragama Kristian. Rumah terbuka diadakan selepas tamat upacara sembahyang di gereja dan saudara-mara, sahabat handai yang jauh mahupun yang dekat bolehlah bertandang ke rumah terbuka untuk menjamu selera.
Oleh itu pembaca-pembaca sekalian, kalau nak tau macam mana menariknya perayaan di Sabah dan juga Sarawak, jomlah ke Sabah dan Sarawak! Akhir kata Salam Sehati Sejiwa, Sayangi Budaya Kita!

Comments
Post a Comment