Posts

Showing posts from September, 2017
Image
Hai semua...selamat berhujung minggu sambil membaca blog ya. Salam sehati sejiwa semua. Kali ni saya akan sambung berkaitan pakaian tradisional bagi etnik-etnik Sabah dan Sarawak. Tapi sebelum tu saya minta maaf jikalau info yang saya kongsikan terdapat kesilapan. Saya juga dalam proses mengetahui dan mempelajari setiap etnik-etnik yang terdapat di Sabah dan Sarawak.      Dalam perkongsian kali ini, saya ingin berkongsi tentang pakaian tradisional etnik Melanau di Sarawak. Biasanya pakaian tradisional Melanau digunakan semasa perayaan seperti Pesta Kaul, sambutan Hari Krismas dan upacara keagamaan bagi etnik Melanau. Bagi lelaki Melanau, mereka memakai baju berwarna gelap selalunya hitam daripada kain satin dan dipadankan dengan kain songket bunga tabur dan di kepala pula mereka memakai sengkulon dari Jawa.  Pakaian Tradisional Lelaki Etnik Melanau Bagi wanita Melanau pula, mereka memakai baju baldu hitam dengan hiasan tenunan benang kuning emas di leher baju, lengan baju dan
Image
Hai! Selamat sejahtera, salam perpaduan, salam sehati sejiwa dan salam 1 Malaysia  buat pembaca-pembaca blog sekalian. Untuk kali ini saya akan berkongsi mengenai pakaian tradisional Kaum Iban di Sarawak. Pakaian tradisional kaum Iban memang dikenali ramai kerana sering menjadi simbolik untuk Negeri Sarawak. Tetapi, tahukah anda nama-nama pakaian tradisional bagi kaum lelaki dan perempuan Iban? Jom kita ketahui bersama-sama.      Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua(2), iaitu Kain Sirat dan Dandong. DANDONG KAIN SIRAT         Kain sirat juga dikenali sebagai kain cawat yang merupakan pakaian asas kaum Iban. Kain sirat dipakai dengan cara melilitkannya di pinggang dan celah kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan, mempamerkan bahagian yang berhias.       Dandong pula merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong. Dandong ditenun dengan cara ikat.Untuk bahagian kepala
Image
Hai semua! Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia! Untuk perkongsian kali ini saya akan memperkenalkan kepada anda pakaian tradisional yang dipakai oleh etnik-etnik di Sabah.       Masyarakat Kadazan atau dusun merupakan penduduk majoriti di Sabah. Perhiasan dan sulaman pada baju etnik kadazandusun adalah berbeza daripada etnik-etnik yang lain. Bagi kaum lelaki Kadazandusun, mereka memakai Gaung( Baju hitam berlengan panjang), Souva(seluar hitam panjang dengan ikatan di pinggang berwarna biru indigo), Kaking atau Toogot(Bengkung pinggang hitam), Siga (penutup kepala), Tupi' sinikat(topi bulat).       Manakala bagi kaum wanita Kadazandusun pula terdapat tiga(3) jenis baju mengikut peringkat umur. Jenis yang pertama ialah Sinuangga' iaitu baju blaus pendek dan leher berbentuk 'U'. Baju jenis ini dipakai oleh kaum wanita muda. Seterusnya, Sinompukung iaitu blaus lengan berukuran 3/4 dan tidak mempunyai sulaman. Baju jenis ini dipakai oleh wanita perten
Image
Hai semua! Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia! Apa khabar anda semua? Semoga sihat walafiat ya semua! Kali ini blog Borneo Curtural akan berkongsi dengan anda semua tentang perayaan yang terdapat di Sabah dan juga Sarawak. Pasti ramai yang masih tidak mengetahui tentang perayaan-perayaan di Sabah dan Sarawak. Disebabkan Sabah dan Sarawak mempunyai banyak etnik, maka perayaannya juga ada pelbagai. Antaranya ialah Hari Raya Aidilfiri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai, Pesta Kaamatan, Pesta Kaul, Thaipusam dan Hari Krismas.     Hari Gawai disambut oleh kaum Iban/Dayak di Sarawak pada 1 Jun setiap tahun. Sambutan Hari Gawai adalah untuk meraikan pesta selepas tamat musim menuai padi. Perayaan ini biasanya disambut di rumah panjang yang diketuai oleh penghulu yang dipanggil 'Tuai Rumah'. Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan semasa Hari Gawai, antaranya termasuklah 'Ngiling Bidai', 'Ngajat', dan yang paling popular adalah pertandi
Image
Salam sejahtera semua! Pertama sekali saya ingin memperkenalkan diri saya. Nama saya Florencia Alma binti Thomas. Saya berasal dari Sibu, Sarawak dan sekarang sedang melanjutkan pengajian di salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia program Ijazah Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian. Untuk perkongsian yang pertama ini saya ingin memperkenalkan serba sedikit tentang Borneo kepada anda semua. Saya pasti tidak semua yang mengetahui tentang borneo jadi, di sini saya ingin menceritakan kepada semua berkaitan etnik, kebudayaan, perayaan, adat dan semua berkaitan penduduk di borneo. Bukan itu sahaja, saya juga ingin berkongsi tentang tempat-tempat menarik yang ada di sana.                            Negeri Sabah dan Sarawak terletak di kepulauan Borneo. Jadi, saya ingin menceritakan kepada anda tentang Negeri Sabah dan Negeri Sarawak. Untuk kali ini saya akan berkongsi tentang etnik-etnik yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Terdap