Posts

Showing posts from October, 2017
Hai pembaca-pembaca sekalian. Apa khabar semua? Semoga sihat-sihat semuanya. Disebabkan saya tidak mendapat idea lagi mengenai Borneo Cultural, sebenarnya banyak lagi adat dan budaya yang ingin dikongsikan, namun, saya bimbang jika perkongsian saya bercanggah dengan budaya atau adat kaum-kaum tertentu. Bagi mengelakkan berlakunya perkara tersebut, saya ingin berkongsi pengalaman saya dalam pelajaran saya. Saya merupakan bekas pelajar di salah sebuah Kolej Matrikulasi iaitu Kolej Matrikulasi Labuan. Di sini saya ingin bercerita sedikit tentang pengalaman sepanjang menjadi pelajar matrikulasi. Saya yakin ramai yang sudah mengetahui tentang kehidupan pelajar matrik. Pertama kali masuk matrikulasi, memang berdebar-debar semasa hari pendaftaran. Kolej Matrikulasi Labuan majoriti pelajarnya adalah dari Sabah, Sarawak dan Labuan. Sebelum hari mendaftar, saya telah berjumpa kawan baru di pusat membeli-belah. Di mana dia juga seorang bakal pelajar matrikulasi. Hebat kan! Hal ini menyebabka
Salam sejahtera semua pembaca-pembaca sekalian. Semoga kalian sihat-sihat sahaja. Untuk kali ini saya akan berkongsi tentang adat kematian bagi kaum Melanau. Saya hanya mengetahui sedikit sebanyak mengenai adat kematian kaum Melanau kerana saya berbangsa Melanau. Jadi, saya ingin berkongsi kepada anda sedikit sebanyak tentang adat kematian kaum Melanau berdasarkan pengalaman yang saya perolehi apabila ada ada upacara kematian di kampung kami.                 Sekiranya berlakunya kematian, cara untuk memberitahu penduduk kampung adalah dengan satu das tembakan dengan menggunakan senapang ke udara sebagai tanda berlakunya kematian. Seterusnya barulah anggota keluarga terdekat atau penduduk kampung uyang lain membantu menyebarkan berita tentang kematian tersebut dari rumah ke rumah da nada yang menyebarkannya melalui telefon bagi keluarga yang berada di tempat jauh. Selain itu, terdapat juga siaran radio yang boleh menyebarkan berita kematian kepada anggota keluarga yang lain.       
Salam sejahtera semua. Bertemu kembali dalam blog Borneo Cultural untuk kesekian kalinya. Kali ini saya akan berkongsi dengan anda tentang makanan-makanan tradisional yang terdapat di Sabah dan Sarawak.                 Selain daripada pakaian tradisional, kita juga pasti akan tertarik dengan makanan-makanan tradisional yang unik dan semestinya sedap. Untuk kali ini saya ingin berkongsi tentang makanan tradisional kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Hidangan tradisional kaum Kadazandusun adalah pelbagai dan unik. Biasanya hidangan ini banyak disediakan ketika menyambut perayaan seperti sambutan Pesta Kaamatan yang dirayakan pada 30 dan 31 Mei pada setiap tahun. Hidangan ini juga tidak semestinya dihidangkan semasa perayaan sahaja, tetapi masyarakat Kadazandusun yang tinggal di kampung masih mengamalkan cara hidangan secara tradisional pada setiap hari. Hidangan tradisional ini juga akan dihidangkan dalam upacara keramaian seperti upacara perkahwinan dan majlis-majlis lain yang diadakan oleh
Salam sejahtera pembaca-pembaca semua. Kali ini saya akan kongsikan tentang makanan tradisional kaum Melanau di Sarawak pula. Makanan tradisi yang paling popular di kalangan masyarakat Melanau adalah Umai. Umai merupakan sejenis makanan laut tradisional yang dikatakan hampir sama dengan makanan masyarakat Jepun iaitu Sashimi(sushi). Tetapi Umai tetap menjadi pilihan utama masyarakat Melanau di Sarawak. Bahagian Mukah di Sarawak sangat terkenal dengan Umai. Umai merupakan ikan yang dihiris halus-halus dan dibuang tulangnya. Ikan yang telah siap dihiris akan digaul bersama-sama limau nipis, bawang merah, bawang putih, bawang besar dan juga cili. Untuk rasa yang lebih masam, bolehlah menggunakan buah maram(ba’un-buah dari pohon mulung). Tetapi jangan lupa tambah perasa seperti MSG dan garam secukup rasa. Selain ikan, udang atau bubuk(sejenis udang kecil) juga boleh digunakan untuk menyediakan umai. Hidangan tradisi Kaum Melanau seterusnya ialah Keliseh. Keliseh merupakan gaulan sagu
Image
Salam sejahtera pembaca-pembaca semua. Kali ini saya akan kongsikan tentang makanan tradisional kaum Melanau di Sarawak pula. Makanan tradisi yang paling popular di kalangan masyarakat Melanau adalah Umai. Umai merupakan sejenis makanan laut tradisional yang dikatakan hampir sama dengan makanan masyarakat Jepun iaitu Sashimi(sushi). Tetapi Umai tetap menjadi pilihan utama masyarakat Melanau di Sarawak. Bahagian Mukah di Sarawak sangat terkenal dengan Umai. Umai merupakan ikan yang dihiris halus-halus dan dibuang tulangnya. Ikan yang telah siap dihiris akan digaul bersama-sama limau nipis, bawang merah, bawang putih, bawang besar dan juga cili. Untuk rasa yang lebih masam, bolehlah menggunakan buah maram(ba’un-buah dari pohon mulung). Tetapi jangan lupa tambah perasa seperti MSG dan garam secukup rasa. Selain ikan, udang atau bubuk(sejenis udang kecil) juga boleh digunakan untuk menyediakan umai. Hidangan tradisi Kaum Melanau seterusnya ialah Keliseh. Keliseh merupakan gaulan s
Image
Hai, Salam sejahtera, salam perpaduan, salam sehati sejiwa dan salam 1 Malaysia! Apa khabar pembaca-pembaca semua? Dalam perkongsian kali ini, saya nak kongsikan tentang pakaian tradisional etnik Bajau di Sabah dan etnik Lundayeh di Sarawak. Etnik Bajau ini merupakan etnik kedua terbesar di Sabah. Kebiasaannya pakaian tradisional ini digunakan ketika adanya sesuatu majlis dan perayaan yang disambut oleh kaum Bajau terutamanya ketika majlis perkahwinan bagi memperkenalkan adat dan tradisi kaum Bajau.       Bagi lelaki Bajau, mereka akan mengenakan baju potongan cekak musang, seluar, sampin dan destar. Wanita Bajau pula akan mengenakan blaus badu sampit dan kain sarung olos berangkit, perhiasan leher mandapun dan perhiasan kepala serempak. PAKAIAN TRADISIONAL ETNIK BAJAU       Suku kaum Lundayeh ini sebenarnya berasal dari pedalaman Sabah, Sarawak dan sempadan perbatasan Kalimantan Indonesia-Malaysia. Suku kaum Lundayeh juga mempunyai adat resam tersendiri seperti kaum-