
Salam sejahtera semua! Kali ini saya nak kongsikan kepada anda tentang
sejenis makanan tradisional Kaum Melanau. Ini adalah ulat sagu/ ulat mulong. Pokok sagu atau pokok
mulong merupakan pokok rumbia. Ulat sagu ini tinggal di dalam pokok rumbia yang
telah ditebang. Makanan ulat sagu pula ialah isi pokok sagu. Ulat sagu ini
tidak berbahaya malah sangat enak dimakan. Rasanya yang
creamy sangat enak dimakan
bersama nasi putih. Kalau nak makan begitu sahaja pun boleh. Selalunya ulat ini
dimasak kicap, dipanggang atau digoreng. Sesiapa yang ada resepi terbaru untuk
memasak ulat sagu ini bolehlah mencubanya. Ulat sagu ini sekiranya dijual boleh
mencecah RM50.00 sekilo. Cara-cara untuk menghasilkan ulat sagu ialah dengan
menebang pokok rumbia dan dibiarkan selama beberapa minggu supaya ulat sagu
dapat membiak. Pokok rumbia yang ditebang hendaklah ditutup dengan daun atau
dahan agar suhu untuk pembiakan ulat sagu rendah dan kawasan yang lembab. Pokok
rumbia yang sesuai ditebang adalah pokok yang telah membesar dan tinggi. Oleh
sebab itu, ulat sagu sangat jarang didapati pada waktu- waktu biasa.
Sekiranya anda ingin merasa ulat
sagu yang segar, bolehlah datang ke Sarawak ya. Ini adalah makanan tradisional
Kaum Melanau sejak dahulu lagi. Selain itu, ulat sagu juga boleh digunakan
sebagai umpan untuk memancing ikan. Umpan ulat sagu sangat digemari ikan-ikan
di sungai. Kepada yang gemar memancing juga boleh cuba umpan baru ini.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai ulat sagu ini bolehlah comment di bawah. Inilah perkongsian
saya sedikit sebanyak tentang perkara yang mungkin anda tidak tahu. Sehingga
berjumpa lagi dalam perkongsian akan datang.
Comments
Post a Comment