Salam sejahtera semua. Kepada adik-adik yang sedang menduduki peperiksaan SPM. Teruskan usaha anda dan jangan pernah berputus asa.
Untuk kali ini saya ingin berkongsi tentang perjalanan anda setelah menamatkan Tingkatan 5. Sudah semestinya di sinilah anda akan bermula mengenalpasti kedudukan sebenar anda. Oleh itu, jangan sesekali tidak serius dengan apa yang anda lakukan sekarang kerana apa yang anda lakukan sekarang akan menentukan di manakah langkah anda seterusnya.
Setelah tamat Tingkatan 5, terdapat beberapa pilihan yang boleh anda lakukan. Antaranya ialah, sambung belajar di Tingkatan 6, Matrikulasi, Diploma, Asasi, atau bekerja.
Sekiranya anda berminat untuk melanjutkan pelajaran di Tingkatan 6, anda bolehlah meneruskan pengajian anda selama 1 tahun 6 bulan di Tingkatan 6. Sekiranya anda memilih untuk menyambung pelajaran di matrikulasi, anda akan diberi pilihan sama ada ingin memasuki program satu tahun atau program dua tahun. Pilihan seterusnya ialah asasi. Asasi adalah selama setahun dan anda mempunyai peluang yang besar untuk memasuki universiti yang anda pilih untuk meneruskan dalam pengajian ijazah. Seterusnya ialah diploma. Tempoh pengajian bagi diploma ialah dua tahun setengah atau tiga tahun. Setiap yang anda pilih ada baik buruknya. Oleh itu, pastikan anda sudah bersiap sedia dengan mental dan fizikal kerana semakin tinggi pengajian anda, semakin banyak perkara yang perlu anda fikirkan. Maka, pilihlah jalan yang anda rasa terbaik supaya matlamat anda tercapai. Apa yang penting adalah sentiasa berfikiran positif dalam apa jua yang anda lakukan.
Comments
Post a Comment