Hai semua!
Tahniah kepada adik-adik yang telah mendapat keputusan yang cemerlang. Kepada yang tidak cemerlang, teruskan usaha kalian ya kerana perjalanan anda masih jauh.
Untuk kali ini, saya ingin memberi tip-tip belajar kepada anda.

Di sini saya ingin menceritakan sedikit mengenai pengalaman saya di sekolah menegah dalam bidang akademik kerana sebentar lagi adik-adik akan memasuki alam persekolahan yang lebih tinggi dan lebih mencabar. Antara cabaran yang akan kita hadapi di sekolah menengah ialah kawan. Kita mestilah pandai memilih kawan yang boleh membawa kita ke arah yang betul. Hal ini kerana, jika kita tersalah memilih kawan, ia akan menjejaskan pelajaran kita. Kerana pada ketika inilah kita lebih terdedah untuk mencuba sesuatu yang baru sehingga tidak sedar bahawa perbuatan kita itu adalah salah. Seterusnya, kita hendaklah sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan guru-guru kita. Guru-guru merupakan orang yang paling rapat dengan kita selepas kedua-dua ibu bapa kita. Gurulah tempat kita mengadu segala permasalahan yang berlaku di sekolah. Jangan sesekali membenci guru-guru kita. Sekiranya kita tidak menghormati guru-guru kita, ilmu yang kita perolehi tidak akan  diberkati. Selain itu, kita hendaklah fokus semasa guru mengajar. Elakkan untuk tidur dalam kelas dan bermain. Guru-guru telah berusaha untuk menyediakan suasana belajar yang menarik di dalam kelas. Oleh itu, sebagai pelajar kita hendaklah menghargai usaha guru-guru kita dengan belajar bersungguh-sungguh. Yang seterusnya, kita hendaklah mempersiapkan diri untuk pembelajaran seterusnya di dalam kelas. Segala buku latihan dan buku teks hendaklah sentiasa dibawa. Seboleh-bolehnya kita hendaklah membaca terlebih dahulu tentang topik yang akan kita pelajari seterusnya. Hal ini akan memudahkan penyampaian pembelajaran di dalam kelas kerana telah membuat persediaan awal mengenai topik yang diajar oleh guru. Akhir sekali, jangan sesekali untuk lupa berdoa sebelum memulakan kelas mengikut ajaran agama masing-masing supaya apa yang kita pelajari diberkati dan sentiasa kita ingati.
Inilah sedikit sebanyak mengenai tip-tip ringkas daripada saya.
Sekian, terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog