Salam sejahtera semua. Bertemu kembali dalam blog Borneo
Cultural untuk kesekian kalinya. Kali ini saya akan berkongsi dengan anda
tentang makanan-makanan tradisional yang terdapat di Sabah dan Sarawak.
Selain
daripada pakaian tradisional, kita juga pasti akan tertarik dengan
makanan-makanan tradisional yang unik dan semestinya sedap. Untuk kali ini saya
ingin berkongsi tentang makanan tradisional kaum Kadazan-Dusun di Sabah.
Hidangan tradisional kaum Kadazandusun adalah pelbagai dan unik. Biasanya hidangan
ini banyak disediakan ketika menyambut perayaan seperti sambutan Pesta Kaamatan
yang dirayakan pada 30 dan 31 Mei pada setiap tahun. Hidangan ini juga tidak
semestinya dihidangkan semasa perayaan sahaja, tetapi masyarakat Kadazandusun
yang tinggal di kampung masih mengamalkan cara hidangan secara tradisional pada
setiap hari. Hidangan tradisional ini juga akan dihidangkan dalam upacara
keramaian seperti upacara perkahwinan dan majlis-majlis lain yang diadakan oleh
kaum Kadazandusun.
Makanan
tradisi kaum Kadazandusun adalah pelbagai kerana keadaan semulajadi bentuk muka
buminya yang kaya dengan sumber pencarian makanan. Antara makanan tradisi yang
popular di kalangan kaum Kadazandusun ialah ‘Hinava’, ‘Noonsom’, ‘Pinaasakan’,
‘Bosou’, dan ‘Sup Manuk Lihing’. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan
pelbagai cara mengikut amalan tradisi Kaum Kadazandusun.
Sekian, terima kasih.
Comments
Post a Comment