Salam sejahtera semua pembaca-pembaca sekalian. Semoga kalian sihat-sihat sahaja. Untuk kali ini saya akan berkongsi tentang adat kematian bagi kaum Melanau. Saya hanya mengetahui sedikit sebanyak mengenai adat kematian kaum Melanau kerana saya berbangsa Melanau. Jadi, saya ingin berkongsi kepada anda sedikit sebanyak tentang adat kematian kaum Melanau berdasarkan pengalaman yang saya perolehi apabila ada ada upacara kematian di kampung kami.
                Sekiranya berlakunya kematian, cara untuk memberitahu penduduk kampung adalah dengan satu das tembakan dengan menggunakan senapang ke udara sebagai tanda berlakunya kematian. Seterusnya barulah anggota keluarga terdekat atau penduduk kampung uyang lain membantu menyebarkan berita tentang kematian tersebut dari rumah ke rumah da nada yang menyebarkannya melalui telefon bagi keluarga yang berada di tempat jauh. Selain itu, terdapat juga siaran radio yang boleh menyebarkan berita kematian kepada anggota keluarga yang lain.
                Kemudian penduduk kampung akan pergi ke rumah keluarga si mati dan membantu menguruskan jenazah si mati dan mengemas rumah serta menyediakan barang-barang keperluan seperti pinggan dan gelas dan peralatan memasak bagi kegunaan penduduk yang datang membantu.
                “Seleg” atau temankan keluarga si mati akan berlangsung selama 3 hari di mana ia merupakan hari wajib bagi keluarga si mati untuk menyediakan hidangan seperti kuih-muih dan minuman kepada penduduk yang “nyeleg” atau menemani. Setiap malam akan diadakan sembahyang jenazah bersama-sama anggota dan penduduk kampung yang datang. Jenazah si mati akan dibiarkan selama 3 hari dalam rumah agar semua ahli keluarga yang datang dari jauh sempat untuk melihat keadaan si mati atau dipanggil ratapan terakhir. Pada kedua, jenazah akan dimasukkan ke dalam keranda diiringi dengan satu das tembakan sebagai petanda. Pada hari ketiga, jenazah akan dikebumikan, semasa upacara membawa jenazah pergi ke tanah perkuburan(sebelum keluar rumah), beberapa das tembakan akan dilepaskan ke udara mengikut pangkat masing-masing(contohnya pangkat 5, 9 atau 11). Segala barang-barang si mati akan dikuburkan bersama-sama jenazah. Pada keesokan harinya, rumah akan dibersihkan seluruhnya dengan menyimbah air ke dalam rumah yang dipanggil “suleb”.

Inilah sedikit sebanyak mengenai adat kaum Melanau di tempat saya menguruskan upacara kematian.
Sekian, terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog