Posts

Showing posts from November, 2017
Salam sejahtera semua. Kepada adik-adik yang sedang menduduki peperiksaan SPM. Teruskan usaha anda dan jangan pernah berputus asa.  Untuk kali ini saya ingin berkongsi tentang perjalanan anda setelah menamatkan Tingkatan 5. Sudah semestinya di sinilah anda akan bermula mengenalpasti kedudukan sebenar anda. Oleh itu, jangan sesekali tidak serius dengan apa yang anda lakukan sekarang kerana apa yang anda lakukan sekarang akan menentukan di manakah langkah anda seterusnya. Setelah tamat Tingkatan 5, terdapat beberapa pilihan yang boleh anda lakukan. Antaranya ialah, sambung belajar di Tingkatan 6, Matrikulasi, Diploma, Asasi, atau bekerja. Sekiranya anda berminat untuk melanjutkan pelajaran di Tingkatan 6, anda bolehlah meneruskan pengajian anda selama 1 tahun 6 bulan di Tingkatan 6. Sekiranya anda memilih untuk menyambung pelajaran di matrikulasi, anda akan diberi pilihan sama ada ingin memasuki program satu tahun atau program dua tahun. Pilihan seterusnya ialah asasi. Asasi ada
Hai semua! Tahniah kepada adik-adik yang telah mendapat keputusan yang cemerlang. Kepada yang tidak cemerlang, teruskan usaha kalian ya kerana perjalanan anda masih jauh. Untuk kali ini, saya ingin memberi tip-tip belajar kepada anda. Di sini saya ingin menceritakan sedikit mengenai pengalaman saya di sekolah menegah dalam bidang akademik kerana sebentar lagi adik-adik akan memasuki alam persekolahan yang lebih tinggi dan lebih mencabar. Antara cabaran yang akan kita hadapi di sekolah menengah ialah kawan. Kita mestilah pandai memilih kawan yang boleh membawa kita ke arah yang betul. Hal ini kerana, jika kita tersalah memilih kawan, ia akan menjejaskan pelajaran kita. Kerana pada ketika inilah kita lebih terdedah untuk mencuba sesuatu yang baru sehingga tidak sedar bahawa perbuatan kita itu adalah salah. Seterusnya, kita hendaklah sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan guru-guru kita. Guru-guru merupakan orang yang paling rapat dengan kita selepas kedua-dua ibu bapa kita. Gurul

Ulat Mulong

Image
Salam sejahtera semua! Kali ini  saya nak kongsikan kepada anda tentang sejenis makanan tradisional Kaum Melanau. Ini adalah  ulat sagu/ ulat mulong. Pokok sagu atau pokok mulong merupakan pokok rumbia. Ulat sagu ini tinggal di dalam pokok rumbia yang telah ditebang. Makanan ulat sagu pula ialah isi pokok sagu. Ulat sagu ini tidak berbahaya malah sangat enak dimakan. Rasanya yang creamy  sangat enak dimakan bersama nasi putih. Kalau nak makan begitu sahaja pun boleh. Selalunya ulat ini dimasak kicap, dipanggang atau digoreng. Sesiapa yang ada resepi terbaru untuk memasak ulat sagu ini bolehlah mencubanya. Ulat sagu ini sekiranya dijual boleh mencecah RM50.00 sekilo. Cara-cara untuk menghasilkan ulat sagu ialah dengan menebang pokok rumbia dan dibiarkan selama beberapa minggu supaya ulat sagu dapat membiak. Pokok rumbia yang ditebang hendaklah ditutup dengan daun atau dahan agar suhu untuk pembiakan ulat sagu rendah dan kawasan yang lembab. Pokok rumbia yang sesuai ditebang adalah poko